biography friend(s) home entry




Older Post >> | << Newer Post
Rindu
Tuesday, June 23, 2015 | 0 comments


Yap, sangat merindui insan-insan yang berada di kampung halaman. Siapa? Of course, my lovely family. Perasaan yang sangat tulus lahir dari hati yang Allah beri to prove to our family. Siapa kita kalau tiada mereka. Gaduh, caci-maki, masam muka. Perkara biasa yang semua members of a family rasa, lalui. Sedangkan lidah lagi tergigit, isn't it?

Sekarang, tiba-tiba wujud satu perasaan yang aku sendiri confuse untuk terjemahkan. Rasa macam dalam dunia ni hang ada makbapak adik beradik hang jaa. Pernah? Rasa tenang sangat. No need to think bout others, bout fake friends, bout your enemies and so on. It's only your family!

Allahu. Sangat bersyukur dikurniakan abahumie yang sangat sporting, abang yang amat memahami, adik-adik yang selalu ceriakan hari aku. Tiada mereka, aku belum tahu apa yang akan jadi pada aku, hidup aku, diri aku. Mereka adalah sebaik-sebaik makhluk ciptaan Allah swt. Terima kasih untuk segala-galanya.


Untuk si dia, yang tentunya jauh di mata, tapi belum tentu dekat di hati;
Maafkan diri ini sekiranya,, ahh bukan sekiranya tapi sudah terlalu banyak mengguris hatimu. Aku bukan sesempurna nabi Muhammad saw. Aku hanya manusia yang lemah, masih cuba untuk perbaiki diri, demi abah dan umie, in shaa Allah demimu juga suatu hari nanti. Aku belum cukup mengenali dirimu seperti kamu mengenali diriku. Aku tidak pernah terniat dalam hati untuk timbulkan atau wujudkan perasaan sayang ini terhadapmu. Cukuplah sekadar sayang seorang teman yang agak mesra. Selain suamiku, dirimu juga belum layak menerima sayangku yang tulus, ikhlas dari hati yang paling dalam.
Maaf kerana aku telah melibatkan dirimu dengan dosa-dosaku yang abah dan diriku sendiri tak tertanggung bebannya. Aku perlu, wajib taat pada abah sebelum aku taat pada perintah atau kata-katamu. Ya! Kamu belum sah jadi hak aku, dan aku belum sah jadi hakmu. Usah ikutkan hati untuk jadi pak-pak ustaz sekiranya kamu masih lagi bermanja-manja bergedik-gedik dengan aku sedangkan aku belum hak milikmu sepenuhnya, belum halal. Aku sedar, aku teramat banyak melakukan kesalahan. Kamu adalah sebaik-baik manusia yang aku kenal jika dibandingkan dengan diriku. Terima kasih kerana masih sudi menerima aku, menerima baik buruk kisah silam aku, menerima apa adanya kurang lebih diriku.

Pesanan untukmu: Nak aku? Minta dengan umie abah dulu. Bila umie abah restu, aku on!