biography friend(s) home entry




Older Post >> | << Newer Post
Teringat..
Tuesday, April 11, 2017 | 0 comments


3haribulan..

Aku tak tahu hantu apa yang merasuk diri kau. Secara tiba-tiba kau call aku, kau cerita masalah kau (yang ni dah biasa), dan kau confess feeling kau (ini memang luar biasa, sangat tidak biasa). Agak terkejut sebab aku betul-betul anggap kau kawan aku, teman aku. Berkongsi suka duka segala cerita segala beban, tapi, akhirnya (baru pertengahan rasanya), kau terluah perasaan yang dah lama kau pendam. Sungguh, aku tak sangka. Dulu, ye, memang, aku pernah tanya, tentang kewujudan perasaan antara kita tapi kau sendiri yang elak. Kau sendiri yang bagitahu aku yang kau takkan pernah fikir tentang perempuan selagi mana impian kau tak tercapai. Aku iyakan sebab aku malas nak panjangkan cerita. Sekarang, kau sendiri yang mulakan, kau sendiri yang luah, kau sendiri yang minta. Apa yang perlu aku jawab, apa perlu aku kata?

Ya! Mungkin, ni masanya untuk aku lebih serius. Tapi aku belum sedia. Maafkan aku. Bukan maksud aku untuk tolak kau. Tapi, aku betul-betul serik dengan peristiwa dulu. Dan aku harap akan hadir seseorang yang benar-benar faham perasaan aku, jiwa aku. Setakat ni, aku dah jumpa seseorang tu tapi disebabkan aku pernah ter'reject', semua jadi lain, dan aku tahu perasaan yang pernah wujud dulu dah hilang. Aku doakan dia bahagia dengan pilihan dia suatu hari nanti. Ya! Hati aku dah cuba terima dan alhamdulillah, aku sedia untuk dia. Tapi, sekarang, situasi dah lain.

Dan kau! Ye, kau! Kenapa sekarang kau berani luah? Sedangkan kau tahu keadaan aku, peristiwa yang pernah jadi pada aku? Kenapa wujud juga perasaan tu? Aku betul-betul tak sangka. Aku tak tahu apa layanan aku pada kau selama ni, sehinggakan perasaan tu boleh terluah oleh kau. Maafkan kesalahan layanan aku. Aku janji aku takkan layan macam sebelum ni. Aku takut, aku risau, kita sama-sama akan rasa tak selesa. Aku bersyukur sangat dapat kawan macam kau tapi bila dah wujud perasaan lain, itu yang mengganggu hubungan kita. Aku taknak disebabkan perasaan tu, kau dan aku akan jadi renggang. Macam aku dan si dia, suatu masa dulu..

Aku janji aku tunggu siapa yang akan datang, jumpa umie dan abah aku, jumpa keluarga aku, berani berdepan, masuk merisik, meminang. Itu yang aku tunggu dan itu yang aku akan terima kalau hati aku dah dibuka oleh Allah. Jangan risau, Allah ada dengan kita semua. Jodoh di tanganNya. Buat masa sekarang, aku perlu fokus pada kebahagiaan keluarga aku. Maafkan aku..