Tiba-tiba
Saturday, April 15, 2017 | 0 comments
Setiap tarikh, ada maknanya..
Ya, mungkin betul apa yang kau cakap
aku selalu ingat kat kau
hari-hari aku fikir
hari-hari aku rindu
rindu pada insan yang pernah berkongsi suka duka
dengan aku..
Mungkin, kau sudah ada penggantinya
sebab tu kau boleh terbuka hati
untuk hubungi aku
sumpah, aku bersyukur
akhirnya, kau rendahkan ego kau
semata-mata untuk bertanya khabar
tapi, jujur, aku risau
apa niat kau di sebalik semua ni
Dah banyak kali aku cakap,
tipu kalau aku tak sayang kau
kau banyak kot ajar aku
segala benda segala perkara
dan jujur, aku berterima kasih untuk itu
Aku harap,
haritu, hari yang terakhir
aku taknak berharap pada benda yang tak pasti lagi
cukuplah 5 bulan dulu
aku betul-betul terseksa menahan rindu
rindu pada tunggul kayu
yang sudah tiada perasaan terhadap aku
Buat masa sekarang
aku benar-benar tak boleh anggap kau macam kawan
sakit.. Allah je faham
apa yang kau dah buat,
Allah je tahu
aku menangis sendirian
tanpa ada satu insan pun yang benar-benar faham
isi hati aku yang sebenar
Aku tunggu, tunggu saat ini
ya, bagi aku ini saat paling berharga
sebab akhirnya, kau kalah dengan ego sendiri
yang kononnya, benci aku, benci perangai aku
aku yakin hati kau bukan untuk aku
dan aku yakin, hati aku dah sepenuhnya buang kau
buang perasaan yang sungguh tidak perlu wujud antara kita
seperti sebelum ni
Maaf kalau cara aku, layanan aku
berubah, tak sama seperti dulu
ya, aku memang bahagia
bahagia setelah kau hilang dari hidup aku
tapi, kenapa kau perlu muncul sekali lagi
setelah kau 'mati' dalam jiwa aku
Ya, persoalan yang takkan pernah terjawab
sebab bagi kau, itu hanya perkara kecil
yang tak perlu dipersoal bertubi-tubi
aku minta maaf
aku takkan paksa kau lagi dah
cukuplah dulu kau begitu sengsara
kerana perangai bodoh aku
Terima kasih kawan sudi hubungi aku..