biography friend(s) home entry




Older Post >> | << Newer Post
Demi kebaikan
Wednesday, May 3, 2017 | 0 comments


Hampir 2 minggu, awak hilang semula. Saya sendiri taktahu apa yang Allah nak tunjuk. Doa saya, Allah dah makbulkan untuk masa terdekat ni. Tapi, untuk jangka masa yang lama, saya belum jumpa jawapannya. Saya tahu awak buat semua ni untuk saya, untuk diri awak, untuk kita. Tapi saya masih tak yakin, dengan kewujudan semula awak. Saya tak pasti apa motif awak datang dan hilang balik. Saya taktahu perlu berfikiran positif atau sebaliknya. Pesan awak, jangan berfikiran negatif, sebab semua ni awak lakukan demi kebaikan saya. Mungkin sekarang, saya tak nampak apa kebaikannya. Ya, saya tunggu masa yang terbaik untuk awak dan saya.

Maaf, saya terpaksa tolak awak buat masa sekarang. Bukan kerana saya benci, tapi hati saya belum dapat terima sesiapa pun. Allah dah makbulkan doa-doa saya. Saya percaya dengan takdir Allah. Apa yang saya lalui sekarang ni, hasil doa saya setelah awak hilang dari hidup saya. Saya percaya semua yang berlaku ada hikmah. Dan saya percaya, kewujudan semula awak ada maksud tersendiri. Cuma, saya belum dapat teka apa maksudnya.

Saya harap awak yakinkan diri awak, awak ubah diri awak, sebelum datang dalam hidup saya macam dulu. Saya takkan kuat kalau perkara sama akan berulang. Saya terpaksa buat keputusan seperti sekarang sebab saya tahu saya tak kuat nak hadapi awak, nak hadapi dugaan nanti. Apa yang pernah berlaku pada kita, sudah cukup mencelikkan mata saya bahawa saya bukan yang terbaik untuk awak. Saya tahu saya tak dapat nak ubah awak sebab selama kita kenal, semua kelakuan awak masih sama dengan cerita-cerita silam awak. Jadi, saya dah dapat simpulkan, tiada kebaikan yang akan awak dapat sekiranya awak dengan saya bersama semula. Saya tak yakin dengan diri saya sebab saya tahu kekuatan dan kelemahan diri saya.

Awak.. Maaf kerana saya masih ego. Ego tentang perasaan sendiri. Sebenarnya, bukan setakat ego, tapi saya sendiri keliru perasaan sayang terhadap awak dalam diri ni masih ada atau sudah saya buang. Hampir setahun saya sakit. Pedihnya sebuah pengharapan sebab saya terlalu berharap pada awak. Keluarga saya dah kenal awak, jadi saya rasa lebih terikat. Tapi, ikatan tidak sah, takkan ke mana. Dan maaf sekali lagi. Jujur, saya langsung tak bersedia untuk jumpa keluarga awak. Saya taknak bagi harapan yang mungkin akan dituduh sebagai suatu yang palsu. Saya takut, saya risau. Mungkin sebab saya masih di alam belajar, jadi, ketidaksediaan yang saya rasa makin bertambah dan bertambah.

Saya ada senarai pencapaian sendiri sebelum saya bina rumah tangga sendiri. Saya masih belum banggakan keluarga saya. Saya belum dapat balas segala jasa mereka. Saya belum cukup sempurna di mata mereka. Saya nak bahagiakan mereka sebelum saya dilepaskan ke tangan seseorang yang bakal jadi pendamping saya seumur hidup. Sebab saya tak yakin, bakal pendamping akan faham kehendak saya, keinginan keluarga saya. Saya takut bakal pendamping jadi 'king control'. Saya takut nanti keluarga saya akan hilang satu-satunya anak perempuan mereka. Saya takkan sesekali biarkan semua tu jadi.

Ya, bila dah sampai satu tahap, bilamana kita akan rasa kita tak perlukan orang lain selain keluarga sendiri sebab tiada yang akan faham kita macam mana keluarga kita faham kita. Aku dah sampai tahap tu sekarang. Dulu, bukan main, gatal macam apa, nak menikah lah, nak boyfriend sehensem artis itu lah ini lah. Tup tup, sekarang, dah takde hati nak pikir semua benda tu. Aku harap, Allah serahkan aku pada yang benar-benar boleh faham aku, dan dapat kawal aku.. Emm