Sejujurnya..
Sunday, September 24, 2017 | 0 comments
Aku dah faham kau, perangai kau, sepenuhnya tentang diri kau. Terima kasih sudi bertahan selama 2 tahun dengan aku. Walaupun pelbagai cabaran yang timbul, pelbagai masalah yang perlu dihadapi, kau masih tetap ada dengan aku walaupun kejap hilang kejap wujud. Haha. It's okay, aku faham cara kerja kau, layanan kau, masa kau yang sangat terhad untuk dibahagikan antara aku dan pelajaran kau. Jangan risau, aku sedia terima semua perubahan tu sebab aku dah terlanjur terima kau.
Tentang masa depan kita, usah difikirkan lagi. Lagipun, aku tahu, kau belum bersedia ke arah itu. Masih jauh perjalanan kita dalam mencapai kejayaan dalam pelajaran. Aku tahu, kau nak bahagiakan ayah mak kau, sama juga dengan aku. Apa-apa masalah, usah diperdebatkan seperti dulu lagi sebab benda tu semua hanya remeh dan tak perlu diperbesarkan. Kau dan aku, masing-masing sudah kenal dunia, cukuplah zaman 'bongek' dulu. Kau pun dah cukup matang. Kau pun dah kenal aku macam mana.
Balik nanti, kalau dah rezeki, jangan lupa ajak aku date. Haha, yelah, rindu nak gaduh dengan kau macam dulu. Boring lah takde teman nak gaduh ni sebab dua-dua sibuk dengan kerjaya masing-masing. Dan ingat, aku tetap benci dengan apa yang kau masih buat tu. Jangan buat-buat lupa!