biography friend(s) home entry




Older Post >> | << Newer Post
No more 'him'
Thursday, December 28, 2017 | 0 comments


Cukup-cukuplah. Aku pun dah penat dengan keadaan yang sama..






So sorry. Ada call, ada jodoh. Takda call, so I understand.

Tarikh harini..
Sunday, December 24, 2017 | 0 comments


Kalau kau masih ingat pada tarikh harini. Yaaa. Genap 2 tahun 9 bulan hubungan kita. Kau salahkan aku, aku salahkan kau. Gaduh, masam muka, putuskan hubungan. Allahu. Macam-macam benda yang jadi pada hubungan kita. Dan, aku sendiri tak sangka yang kau tetap mahu bertahan dengan kerenah aku. Aku sendiri tak tahu kenapa aku masih boleh terima kau. Yaa, mungkin sebab sayang. Cuma, yelah. Hati ni totally bukan macam dulu lah. Takde dah perasaan yang macam dulu pada kau. Aku minta maaf sangat-sangat. Kau sendiri dah arif tentang perasaan aku.

Kalau kau rasa tak yakin dengan aku, yaa, aku bagi kau peluang untuk undur diri. Mungkin sikap kau yang dulu, merosakkan hati aku, menghancur-remuk-redamkan hati yang sedia sayang pada kau. Satu je aku minta pada kau, tolong lah berubah. Jangan jadi orang lain. Yang langsung aku tak kenal. Aku rasa aku seperti di awang-awangan. Kau buat aku macam tak penting langsung dalam hidup kau.

Kau datang balik, kau merayu. Kau rasa bersalah tersangat. Kau janji, perkara "tinggal, tak layan" segala benda alah tu takkan jadi dah. Yaa. Dalam masa 6 hari ni, aku boleh nampak perubahan kau, cuma aku langsung tak berharap apa-apa dah. Cukuplah berbulan-bulan kau buat aku entah wujud entah tidak.

Sayang.. Yaa, aku sayang kau. Tapi, cukup sekadar teman rapat. Yang boleh berkongsi kasih, suka duka, rutin hidup dan sebagainya. Aku harap, kita akan stay macam ni. Yaa, aku nampak masa depan kau. Aku tahu kau nak yakinkan aku bahawa kau sendiri ada masa depan. Kau pergi interview, kau sambung belajar, semata-mata nak buktikan yang kau pun boleh buat, sama macam aku. Aku tahu tu..

Aku yakin tentang tu, cuma aku tak yakin dengan perangai kau. Aku risau kau akan ulang balik kesalahan kau. Maaf sebab langsung tak yakin dengan kau. Aku cuba. Tapi, buat masa ni, biar Allah je yang tahu apa ada dalam hati aku. Aku tunggu hari grad aku je Min. Time tu, aku sanggup terima kau sepenuh hati. Sekarang ni, aku betul-betul nak fokus pada study aku. Aku taknak rosakkan reputasi aku sebagai mahasiswa ijazah sarjana muda. Aku nak bahagiakan umie abah aku dulu. Kau? Yang terakhir sekali, akan aku fikirkan..

Sorry.
Ingat, jaga solat, jaga hati, jaga diri, jaga mata!
Itu je konsep kita berdua.
Masihkah Punya Rasa Cinta
Wednesday, December 20, 2017 | 0 comments


Lagu, takdak kena mengena dengan yang hidup atau yang dah meninggal dunia.
Cuma aku suka lirik dia..


Kejamnya diriku ini meninggalkanmu
Sedang hatimu bersungguh menyintaiku
Dan ku terus melangkah pergi dari hidupmu
Tanpa ku menghiraukan perasaanmu

Masihkah punya rasa cinta di hatiku
Kini ku mula dihantui bayanganmu
Walau ku bersama dengannya dan ku selalu bahagia
Namun hatiku terus mengingatimu

Ternyata khilafku meninggalkanmu
Untuk dirinya yang selalu ada di sampingku
Di saat aku amat memerlukan

Rapuh hatiku melihat dirimu
Kini kau gembira bersama penggantiku
Ku harap dirinya tak melukaimu
Seperti yang telah kulakukan terhadapmu

Maafkan diriku yang telah menyakitimu
Mungkin inilah balasan yang harus kutempuh
Akan kucuba melupakan semua yang telah terjadi
Biarkan ku menanggung derita ini
Buat selamanya....
Sambungan..
Tuesday, December 19, 2017 | 0 comments


Aku bukan tak kenal kau. Sebab tu aku berani buat keputusan macam ni. Tapi, maaf lah. Buat masa sekarang, aku hold dulu segala benda yang pernah kita alami dulu. Ini bukan masa untuk seronok duaronok bagai. Cukuplah kau tahu, dulu aku terlalu sakit untuk hadapi layanan kau yang tak seberapa. And once again, kau datang, minta aku balik kat kau. Eh sorry lah bruh. Aku tak semudah tu nak percayakan kau. Buktikan dulu yang kau memang takkan jadi macam dulu. Aku nak tengok, dalam masa setahun ni apa yang jadi. Setahun tu, tersangat cukup untuk aku habiskan masa belajar aku. Then, baru aku pikir tentang kau. If kau dapat cari pengganti aku, aku dah tak kesah dah pun. Sebab harapan aku kat kau dulu, dah hancur berkecai. No more chances, for now! So please..


Pergilah.. Jauhilah aku.. Kalau itu boleh buat kau bahagia. Aku takkan mampu bahagiakan kau macam dulu. Maaf
Datang buat paa?


Apa maksud kau tak reply ws aku haritu?
Apa maksud kau tak layan aku sebulan lebih ni?
Apa maksud kau buat aku macam xwujud?
Apa maksud kau tak wujudkan diri kau?
Apa maksud kau membusykan diri selama ni?
Dan apa maksud kau ws aku harini?
Secara tiba-tiba..

Aku langsung takda mood
Takda perasaan
Takda hati
Untuk kali yang kedua

K.A.W.A.N
Tu pun belum tentu aku boleh gelarkan kau
Kau sendiri tahu sebab apa
Aku punya meroyan berulang kali
Kau buat aku macam sampah
Kau buat aku macam mayat hidup weh
Kau ingat aku apa

Bila nak, cari
Bila taknak, buang
Centu jee?
Wehhhh wehhh
Ingat, kau sorang je ada perasaan
Nak hadap busy bagai

So Sorry!
Aku ada life ter-best sepanjang aku hidup
Aku cukup bahagia tanpa kau
Tanpa lelaki, tanpa skandal
Sebab aku ada family yang selalu support aku
Aku ada kerjaya yang perlu aku capai
Aku ada wishlist aku sendiri sebelum aku pikir
Pasal jantan-jantan macam kau ni haa

Sorry, hati aku dah kali kedua mati untuk kau
Terima kasih buat aku macam ni
Hingga aku tak boleh terima orang lain
Disebabkan ke-bongok-kan kau
Rindu Padamu
Saturday, December 16, 2017 | 0 comments


Di saat ini ku terkenangkan dirimu
Insan yang pernah menjalinkan cinta suci
Senyum dan tawamu sentiasa dihatiku
Biar pun kini kau tiada di sisi

Ku tak menyangka kau kan pergi akhirnya
Meninggalkan diriku dalam kesepian
Kau musnahkan semua cinta yang kau bina
Hancur berkecai dilanda derita

Oh sayangku.. ku rindu padamu
Pulanglah semula ku setia menunggu
Walau seribu tahun hingga akhir nanti
Ku akan menanti.. ku pasti

Oh sayangku.. ku cinta padamu
Tiada yang lain dapat menggantimu
Andai kau tiada terasa seksanya
Hati ku ini