Tarikh harini..
Sunday, December 24, 2017 | 0 comments
Kalau kau masih ingat pada tarikh harini. Yaaa. Genap 2 tahun 9 bulan hubungan kita. Kau salahkan aku, aku salahkan kau. Gaduh, masam muka, putuskan hubungan. Allahu. Macam-macam benda yang jadi pada hubungan kita. Dan, aku sendiri tak sangka yang kau tetap mahu bertahan dengan kerenah aku. Aku sendiri tak tahu kenapa aku masih boleh terima kau. Yaa, mungkin sebab sayang. Cuma, yelah. Hati ni totally bukan macam dulu lah. Takde dah perasaan yang macam dulu pada kau. Aku minta maaf sangat-sangat. Kau sendiri dah arif tentang perasaan aku.
Kalau kau rasa tak yakin dengan aku, yaa, aku bagi kau peluang untuk undur diri. Mungkin sikap kau yang dulu, merosakkan hati aku, menghancur-remuk-redamkan hati yang sedia sayang pada kau. Satu je aku minta pada kau, tolong lah berubah. Jangan jadi orang lain. Yang langsung aku tak kenal. Aku rasa aku seperti di awang-awangan. Kau buat aku macam tak penting langsung dalam hidup kau.
Kau datang balik, kau merayu. Kau rasa bersalah tersangat. Kau janji, perkara "tinggal, tak layan" segala benda alah tu takkan jadi dah. Yaa. Dalam masa 6 hari ni, aku boleh nampak perubahan kau, cuma aku langsung tak berharap apa-apa dah. Cukuplah berbulan-bulan kau buat aku entah wujud entah tidak.
Sayang.. Yaa, aku sayang kau. Tapi, cukup sekadar teman rapat. Yang boleh berkongsi kasih, suka duka, rutin hidup dan sebagainya. Aku harap, kita akan stay macam ni. Yaa, aku nampak masa depan kau. Aku tahu kau nak yakinkan aku bahawa kau sendiri ada masa depan. Kau pergi interview, kau sambung belajar, semata-mata nak buktikan yang kau pun boleh buat, sama macam aku. Aku tahu tu..
Aku yakin tentang tu, cuma aku tak yakin dengan perangai kau. Aku risau kau akan ulang balik kesalahan kau. Maaf sebab langsung tak yakin dengan kau. Aku cuba. Tapi, buat masa ni, biar Allah je yang tahu apa ada dalam hati aku. Aku tunggu hari grad aku je Min. Time tu, aku sanggup terima kau sepenuh hati. Sekarang ni, aku betul-betul nak fokus pada study aku. Aku taknak rosakkan reputasi aku sebagai mahasiswa ijazah sarjana muda. Aku nak bahagiakan umie abah aku dulu. Kau? Yang terakhir sekali, akan aku fikirkan..
Sorry.
Ingat, jaga solat, jaga hati, jaga diri, jaga mata!
Itu je konsep kita berdua.