Setelah sekian lama tidak ber-blog..
Selama dua tahun, aku cuba untuk kuatkan semangat aku semula. Ya. Aku cuba untuk kuat, demi masa depan aku.
Sebelum ni, ada je write story tapi hanya simpan dalam folder word. Sibuk dengan kerja sampai tak ada masa untuk login blog. Nasib dapat buka lagi, setelah sekian lama.
Aku takkan delete blog ni sebab blog ni adalah perjalanan cerita aku. Kisah suka duka aku. Kisah cinta yang perit untuk aku terangkan satu persatu. Yang tahu dan yang sentiasa ada, terima kasih.
Untuk terakhir kalinya, susah untuk aku buka hati kepada lelaki. Sangat susah. Dikecewakan dan ditinggalkan oleh orang yang aku anggap lelaki terakhir yang bakal menjadi suami aku. Cukup tenat waktu tu. Tapi aku cuba semampu mungkin untuk sibukkan diri, dan lupakan lelaki yang tidak bertanggungjawab itu. Aku langsung tidak mengerti apa alasanmu untuk datang kembali pada aku, dengan menyatakan ingin masuk meminang aku. Allahu. Betul-betul dugaan di saat aku telah menjadi tunangan orang. Ya, aku tidak hebahkan tentang pertunangan tersebut kerana risau akan ada penjahat-penjahat seperti kau yang datang dalam perhubungan aku dan dia.
Fakhrul.. Mungkin kau takkan tahu kewujudan blog ini. Tapi, aku mohon sekiranya suatu saat nanti, blog ini sampai ke pengetahuanmu, mengertilah keadaan aku, keadaan seorang perempuan yang memerlukan sedikit kekuatan untuk meneruskan hidup, untuk mengenalimu, untuk percayakanmu, untuk terima kamu dalam hidup aku dan hati aku. Maaf sekiranya pada saat ini, aku masih mengenangkan kisah lama aku. Aku bukan tipu, aku bukan tak jujur. Cuma, aku belum pasti adakah benar kau jodoh aku.
Tarik 16/9 adalah tarikh yang mana aku pilih sebagai tarikh nikah kita. Tapi, perancangan Allah Maha Baik. Allah tahu bahawa aku belum bersedia untuk pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Dan nampaknya, kau juga belum mampu berhadapan dengan seorang isteri seperti aku. Aku mohon maaf atas setiap keterlanjuran bicara aku. Aku sendiri tak tahu kenapa aku bersikap sebegini. Mungkin juga ini satu bentuk ujian atau dugaan, Allah turunkan melalui aku. Untuk lihat ego kau, ego aku sama ada boleh bertolak ansur atau sebaliknya.
Sepanjang mengenali kau, aku sendiri merasakan diri aku telah banyak berubah. Aku betul-betul berharap agar tiada yang lain selain kau nanti. Aku penat untuk mengenali lelaki baru. Sekiranya ditakdirkan, mungkin aku lebih memilih untuk hidup seorang, bujang. Hanya ada keluarga, tiada yang lain.
Jumpa di lain masa =)

