KMJ's life
Monday, May 19, 2014 | 0 comments
Actually, malas nak update pasal ni, tapi kena update jugak sebab tadi dapat mesej from one of my junior from DP, ask me about life or experience in KMJ. Haa, let me tell you my storiessss there.
Hmm, dulu, punya kalut bagai nak rak aku tanya senior-2 pasal KMJ ni. Yes! Tak pernah ada pengalaman plus aku tak kenal sangat pun senior mana yg pegi matrik. So, ceroboh habis satu-2 facebook senior KMJ, I mean sesi sebelum aku tu. Then, punya banyak dia story kat aku. Okay thanks. Haha, agak membantu ;')
Hari pendaftaran ;
Yea, tu aku lahh! Yg bajet bajet skema. Hahaha. Yes! Yang aku tahu, hari pendaftaran memang kena pakai camtu, so cari lah kain bagai nak buat baju alah ni untuk aku. Tup tup, sampai sana, ada je yg tak pakai baju hitam putih ni. See! Indah khabar dari rupa. Cett. Haha. And 1 more thing, about shoe. Haaa, takyah laa cari kasut hitam macam budak sekolah tuu, yakni matrik ni taraf dia tinggi sikit kott. So, kasut yang colour-2 ada riben bagai, ada manik cantik molek tu, dipersilakan pakai ye. Tak melanggar peraturan pun, lahaii.
Okay dah! Lecture and class time, sepenuhnya, kena pakai baju formal. Budak laki, semestinya pakai slack and kemeja while perempuan, pakai baju kurung or sewaktu dengannya tapi harap sangat tak perlu pakai yg menjolok mata bagai especially KMJ, sebab kat sini berkonsepkan islamik sikit. Hiks-3.
ni baju batik kitorang
baju melayu tu *bagi lelaki* selalunya, diorang pakai time hari Jumaat sebab senang nak pegi solat Jumaat terus. but now, Johor dah ikut Kelantan, I mean, dah takde kelas hari Jumaat.
ni haa, pakaian formal kitorang
Haa, gambar tiga tiga yang last ni, baju sukan kitorang. Orange, black and blue(baju budak acc). Tudung, suka suka hati pakai colour apa. Tu, nampak macam samaaaa je semua sebab kitorang kelab boria so, nak kasi nampak cantik plus vouge camtu, pakat janji pakai baju apa tudung ape. Hmm
Apa lagi ehh? Okayy. Kelas kat sana, makk aihh. Takyah citer lahh. Memang dari pagi sampai petang. Tapi, best! Sebab malam dah tak terikat dengan pape. Kecuali, kalau ada kelas ganti. So, kira dah boleh buat jadual sendiri ah untuk belajar or pape.
Benda first yg korang akan nampak kat KMJ tu ;
Cantik kan kolam ni? Haa, bila dah sampai sana, korang tahu laa kolam tu kolam ape. Hmm, please jangan tertipu. But seriously, kawasan KMJ memang kawasan yg teramat tenang. Tempat dia macam taman. Luas dan menarik. Ada roundabout lagi kat depan tempat guard tuu. Tapi, satu yg tak best, bila nak amek duit kat atm, korang kena beratur yaa amat, panjang gila bapak. Lebih-2 lagi, kalau elaun masuk. Ya Allah. Maunyaa berjam-2 tunggu. Last-2, duit dalam atm dah habis. Dah jadi macam tu, segala macam kata-2 yg 'teramat terlebih ajar', memang terkeluar ahh. Haha. Aku pernah rasa kot. So, nak elak dari beratur panjang, better pegi co-op sebab kat situ ada ejen bank, I mean, boleh bawak keluar duit ikut situ, tapi makesure jangan suruh kawan pegi amek sebab takkan dapat punya. Dia kena guna i/c and capjari. Haaa kau, padan muka! Haha
Hmm, apalagi ehh? Aku taktahu dah nak tulis apa lagi. Haa, ada yang tertinggal. Kalau dapat kat KMJ, seriously, takde tempat sangat pun nak pergi outing. Elehh, setakat Tangkak, ape je ada. Kat situ, gedung kain kott. KFC, Pizza Hut, Marrybrown, The Store, ada je. Haa, tempat karaoke pun ada, tapi aku tak pernah pegi. Takut orhh. Kalau nak lepak, maybe students ni pegi Airterjun Ledang, Segamat, Muar anddddd Melaka. Yes! 4 tempat ni yang selalu kitorang tuju tapiiiii, makesure, balik before 6pm hari yg sama. Takyah ngengada nak balik lewat sebab nanti kad matrik korang akan kena block, means that korang TAKKAN boleh outing about 2weeks kalau tak silap. Tapi, best hape, kannn? Alahh, setakat 2minggu je kot. Nak beli barang-2 or makanan, mini mart pun ada. Cehh, jahat tak plan aku? Basic laa, dah pernah buat ;')
Emmm, haaa, kelas and kuliah, jangan memandai nak ponteng ye sayang sayang. 3x ponteng, in shaa Allah, korang kena buang kolej or terus kena buang matrik. Nakkk? Alahh, setakat matrik, ape je ada. Hamboiii. Bila dah keluar, mintak balik upu or ipts dengan result spm lah ye. Haha. If korang sakit, demam or something like that, jangan risau. Bas or van ada untuk hantar korang pegi klinik or hospital. Pegi blok E then cakap problem korang tu, then, driver akan hantar ;') Apalagi, apalagi? Takde dah kott.
Okay sekian. I think, sesetengah matrik ada yang lain peraturannya. Depends on diorang punya pengarah la kann. Tapi, seriously, pengarah kitorang memang pengarah terbaik! Kat situ, takde panggil pengarah tapi, kitorang dah diajar panggil Ayahanda. See! Kitorang dah macam anak-2 dia. Rasa rapat sangat. Takde rasa kehilangan makbapak sangat sebab lecturer-2 kat sana pun, mak aihh, baik sangat, sumpah tak tipu. Hee
So, selamat belajar di matrikulasi ye adik-2. Jangan pikir orang kata, matrik susah, belajar kena rushing, takde masa nak rehat. Tu semua tipu semata-2. Kalau budak sc, sorry to say, taktahu nak explain sebab I'm acc student. So, kalau acc, seriously, banyak masa terbuang sebenarnya. So, hargailah masa anda sebab masa sangat sangat sangat berharga. That's all.
Any of question? Here!