Orang baru
Monday, March 30, 2015 | 0 comments
25/3
Tak pernah terfikir yang kau akan propose aku, cop aku, untuk jadi sebahagian dalam hidup kau. Aku rasa seolah-olah bermimpi. Mungkin Allah hadirkan kau pada saat tersebut, untuk bahagiakan aku. Ya, syukran. Tapi, aku tak pernah berharap atau mengagak yang hubungan kawan kita akan bertukar. Kau betul-betul datang pada saat yang tepat, sayang. Sungguh tak terkira bahagianya hidup aku setelah kau ucapkan kata-kata yang tak pernah terkeluar dari mulut kau.
Usia perkenalan kita, 7 tahun. Tapi dalam pada masa tu, kita langsung tak pernah berhubung antara satu sama lain. Perkenalan yan terputus sekian lama, mula terjalin pada 24 haribulan 3. Ya, aku masih ingat. Sejak dari situ, semua jadi janggal. Kau-aku jadi orang-dia. Kau tanya tentang biodata diri aku. Jujur, aku tak terniat untuk menipu tapi ter-menipu. Tapi, syukur, aku sudah terangkan segala-galanya. Aku cukup benci untuk memulakan sesuatu perhubungan dengan penipuan. Alhamdulillah, kau dapat terima keterpaksaan penipuan dan kejujuran aku.
Sekarang, ia berlanjutan selama 5 hari. Mungkin aku belum cukup dewasa, matang untuk berbicara mengenai hal yang seserius ini.Mungkin, aku belum bersedia berkongsi cerita tentang kau pada keluarga aku. Aku rasa, ia terlalu awal, mungkin. Dan aku tahu, niat kau terlalu murni. Kita sebaya, seumur. Aku harap, kita sama-sama perbaiki diri dulu, sebelum bergerak ke arah 'lain'.
Kau terima kekurangan aku, aku terima kelebihan kau. Kau terima kelebihan aku dan aku terima kekurangan kau. Aku harap dengan penerimaan sama adil ni, dapat membantu hubungan kita menjadi lebih baik. Kau tahu tentang aku dengan seseorang tapi alasan kau, kau takkan sesekali lepaskan aku walaupun hati aku jatuh pada seseorang. Maaf kerana aku selalu menyakitkan hati kau.
In shaa Allah, seandainya kita berjodoh, ubahlah sikap dan diri masing-masing ke arah yang lebih sempurna walaupun aku tahu setiap manusia tak akan sempurna. Jaga hati jaga diri jaga mata jaga iman ;')