Allahu
Thursday, April 30, 2015 | 0 comments
Ya Allah
Seandainya telah Engkau catatkan
Bahawa dia milikku yang tercipta untukku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan di antara kami
Jadikan cintaku dalam mencintainya
Dan cintanya dalam mencintaiku
Dan satukan cinta kami dalam mencintaiMu
Dan di atas kecintaanMu
Wahai Tuhan Yang Maha Penyayang daripada yang menyayangi
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
Amin Ya Rabbal 'Alamin