biography friend(s) home entry




Older Post >> | << Newer Post
Sebak
Tuesday, October 13, 2015 | 0 comments


Allahu. Timbul perasaan sebak, sedih bila teringat umie abah kat rumah. Allah je yang faham semua ni. Pelbagai masalah timbul bila mana aku terlalu mengikut sikap keras kepala yang sehingga sekarang belum aku ubah dan kurangkan. Maaf umie abah. Anak perempuanmu masih mentah, masih di alam maya, masih diawang-awangan. Sedarkan aku ya Allah sebelum aku terlambat. Bila dapat ws dari umie abah, secara tidak langsung, air jernih akan mengalir dan terus mengalir, tanpa henti. Hati ini teramat lembut tetapi terpaksa dikeraskan demi menguatkan diri sendiri. Tiada siapa yang boleh aku bergantung harap, sekarang. Cukuplah diri sendiri yang menjadi idola dalam hidup.

Aku boleh tipu semua orang yang ada di sekeliling aku, tapi aku takkan boleh tipu diri sendiri. Lemahnya aku. Sensitifnya hati ni. Aku perlu belajar dari kesilapan sebelum ni. Umie, banyak sangat dosa akak kat umie sebab selalu lawan cakap umie. Awal 20-an, mungkin ini yang remaja-remaja lain juga rasai. Harap umie akan faham kenapa akak buat semua ni.

Tetibe umie pesan "jangan tidur lewat sebab gayut". Ye umie. Benda tu takkan ganggu masa tidur akak pun. Akak ingat pesan umie. In shaa Allah, pelajaran akak takkan terganggu dengan wujudnya hubungan kasih antara lelaki dengan akak. Akak cuma nak umie abah bantu akak, kuatkan semangat akak, selalu ada dengan akak bila mana akak perlukan bahu dan telinga untuk akak curahkan setiap masalah akak.

Maafkan anak perempuanmu ini, wahai orang tuaku..