biography friend(s) home entry




Older Post >> | << Newer Post
Terima kasih sayang
Wednesday, October 21, 2015 | 0 comments


Terima kasih
Sebab berusaha untuk dapatkan balik kepercayaan abah dan umie
Sudi datang, berjumpa dengan keluarga
Berani bertanggungjawab untuk kesilapan yang kita lakukan

Orang percaya dia lain daripada lelaki yang orang kenal sebelum ni
Orang tahu dia boleh jaga orang
Orang tahu dia punya perangai, sikap, cara

Orang sayang dia
Yea, memang kejap sangat perasaan ni boleh hadir dalam hati orang
Orang sendiri tak sedar
Terlalu cepat apa yang jadi pada diri kita

Terima kasih
Sudi terima orang
Baik buruk, kisah silam, perangai orang
Orang akan cuba jadi lebih baik dari sebelum ni
Demi abah umie dan in shaa Allah demi dia suatu hari nanti

Orang tahu, perjalanan hidup kita lama lagi
Jangan cepat berpegang bahawa kita berjodoh
Tetapi, cubalah berusaha untuk jadikan kita ini jodoh yang Allah dah tetapkan
Doa, tawakkal, itu penting untuk hubungan kita

Tolong!
Ingat!
Setiap apa yang dipesan
Tak kira samada dari pihak orang atau pihak dia
Semua nasihat atau kata-kata tu, untuk kita
Untuk kebaikan, masa depan kita

Orang rasa bertuah sebab dapat kenal dia
Tahu tentang keluarga dia
Tahu tentang semua kisah silam dia

Orang yakin dia boleh jaga orang
Sebab dia terlalu mementingkan orang lain lebih daripada diri sendiri
Orang harap dia jadi yang terbaik untuk orang


;)