biography friend(s) home entry




Older Post >> | << Newer Post
MAAZ
Thursday, November 12, 2015 | 0 comments


Amin…
Terima kasih kerana terima aku apa adanya
Aku tahu aku serba serbi kurang
Tidak punya banyak kelebihan
Tapi, kau masih terima aku
Mempopularkan diri aku di mata keluarga kau
Terima kasih
Aku sangat menghargainya

Aku cuba untuk jalinkan hubungan yang baik antara keluarga kita
Tapi sayang..
Keluarga aku masih menyimpan rasa sakit, rasa perit
Akibat perbuatan kita pada hari kejadian
Maafkan aku kerana aku tidak mendengar kata-kata kau
Ya, aku degil
Hanya sebab keinginan aku disekat keluarga,
Aku akan mula memikirkan apa sahaja perkara yang boleh aku lakukan
Hanya untuk mendapat perhatian keluarga aku

Terima kasih atas layanan kau selama ini
Aku amat menghargainya
Aku begitu terhutang budi
Kerana kau tidak pernah merungut dengan cara aku, sikap aku
Dan yang paling penting,
Kau boleh lupakan kisah silam aku
Aku mungkin bukan yang terbaik
Tapi, aku akan cuba jadi yang paling baik untuk kau
Aku cuba..

Aku sangat berharap
Jodoh kita panjang
Moga yang tertulis di Luh-Mahfuz itu,
Ada nama aku dan nama kau
Nur Aina Inanie binti Aziz dan Mohamad Amin Ashraf bin Zahari
In shaa Allah
Hanya doa yang baik-baik sahaja untuk hubungan kita

Aku juga berharap agar keluarga aku dapat menerima kau dengan tangan terbuka
Dapat menerima segala kisah silam kau
Dapat merestui hubungan kita
Dan mendoakan ketahanan perhubungan kita
Aminn ya rabbal ‘alamin

Terima kasih ya Allah
Kiranya dia yang terbaik untukku
Dan dapat menyedarkan aku tentang semua salah silap aku
Aku mohon, berkatilah hubungan kami

Aku tahu ini semua takdirMu, hikmahMu ;)