Memori 11/12
Wednesday, December 30, 2015 | 0 comments
Satu hari suntuk bersama awak, buat saya sangat bahagia. Mungkin kerana awak teman saya yang paling istimewa, buat saya rasa bertuah sebab dapat kenal awak. Terima kasih sudi bersusah payah bersenang lenang demi saya.
Saya terima awak seadanya diri awak. Kekurangan saya, kelebihan awak dan kekurangan awak adalah kelebihan bagi saya. Saya harap kita boleh lalui semua ini bersama-sama. Ego, emosi, akan menjadi perkara biasa dalam hidup kita. Awak dah kenal saya, seluruh hidup saya tanpa perlu saya jadi orang hipokrit. Dan saya juga harap saya dah kenal diri awak yang sebenarnya
Dah 9 bulan hubungan serius kita, awak selalu ada dengan saya, harungi setiap masalah, pernah merungut mengungkit tapi itu yang buat saya makin percaya pada awak. Awak tak pernah tipu saya tentang perangai awak. Awak selalu cerita kisah hidup awak sehari-hari pada saya.
Doakan kedua-dua keluarga restu hubungan kita ye? Belajar sungguh-sungguh, dapat kerja yang boleh jamin ekonomi hidup keluarga kita nanti, in shaa Allah, akan ada berkatNya.
Jaga diri, jaga hati, jaga mata, jaga semua. In shaa Allah itu semua untuk bakal isteri awak, yang akan awak sayang sepenuh hati awak. Dan saya harap, semua itu untuk saya. Rugi kalau berhubungan lama-lama, tapi tak kekal, kan? Betul.. Saya akan usaha selagi awak juga berusaha untuk hubungan kita. Sama-sama ambil perhatian, sama-sama renung balik kisah silam, sama-sama jaga hubungan hingga masa depan.
#MAAZ #NAIA 243