biography friend(s) home entry




Older Post >> | << Newer Post
Takkan berharap
Tuesday, January 3, 2017 | 0 comments


Yea, aku bahagia. Mungkin sebab tahun baru.

Terima kasih,
buat insan yang baru muncul
buat insan yang selalu ada
buat insan yang amat memahami
buat insan yang masih bertahan
sejujurnya,
aku ucapkan jutaan terima kasih

Orang akan kata aku bodoh,
sebab?
sebab berharap
pada orang yang belum tentu aku miliki
pada jodoh yang mungkin orang lain punya

Sebulan yang lalu,
nekad aku sudah pasti
azam aku sudah ditanam dalam diri
moga insan yang pernah hadir sebelum ni
pergi jauh..
jauh dari diri yang lemah ni

Aku tak harap lebih,
moga kenangan kita disemadikan dengan tenang
tanpa roh yang menjalar dalam minda

Aku sudah cukup selesa,
dengan kehadiran rakan yang setia menemani
dengan kehadiran keluarga yang disayangi
dengan kehadiran sahabat yang tekun mendengar bebanan dan rintihan aku

Untuk insan yang baru mengenali aku dengan lebih rapat,
aku mohon, jangan hadirkan perasaan yang lebih dari seorang rakan,
aku mohon, perhubungan kita hanya setakat sekarang ni,
aku tak larat untuk bermain perasaan,
aku tersangat penat..

Wahai insan yang sudi meluangkan masa dengan aku,
terima kasih kerana sudi mendengar celoteh aku,
berdebat tentang kehidupan,
berdebat tentang kisah percintaan,
berdebat tentang kisah silam masa sekolah,
berdebat tentang diri masing-masing

Apa yang kita lalui dan rasai sekarang,
harap berterusan
Pegang apa yang kita azamkan
Jangan lupakan dan tinggalkan sebab masalah atau pertengkaran,
yang mungkin akan timbul antara kita nanti

Aku sayang semua insan ini..