biography friend(s) home entry




Older Post >> | << Newer Post
Tempat baru
Monday, March 6, 2017 | 0 comments


Terima kasih

Tempat baru..
ya, tempat ni banyak ajar aku
cara hidup sorang
cara berdikari
cara untuk tak pedulikan orang

Wahai insan yang sering meletakkan namaku dalam doamu,
jutaan terima kasih diucapkan,
tak perlu hadir di depan aku,
kalau kau belum bersedia,
masanya akan tiba nanti,
tunggu dan tunggu,
aku harap takkan wujud "mengeluh" dalam diri

UPSI,
terima kasih,
atas kesempatan untuk mengenalimu,
dengan lebih dekat dan rapat,
aku bersyukur ditempatkan di sini,
cukup untuk aku benar-benar kenal diri aku,
untuk kenal cara hidup aku,
untuk betulkan silap aku,
untuk jahanamkan kisah silam aku

Dan awak,
cukuplah hari tu,
dan aku harap tiada hari lain,
untuk kita bersua muka,
aku takut, aku serik, aku penat,
aku harap kau juga rasa yang sama,
maaf atas khilaf aku selama ni,
aku harap kau bahagia,
dengan cara hidup kau sekarang,
aku gembira lihat kau hari tu,
kau masih tak berubah,
masih sama macam dulu,
dan cara kau..
ah, keliru!

Hampir sebulan di sini,
aku tahu apa yang ingin aku gapai,
aku ingin mimpiku jadi realiti,
aku mahu di ketika itu,
hanya keluarga yang menemani,
selain keluarga?
mungkin belum masanya lagi

In shaa Allah, 2 tahun lagi..