21/3/2018
Saturday, March 24, 2018 | 0 comments
Sekarang ni, dah capai tahap yang mana makcik makcik dok kata “nanti aina pulak naik pelamin”, “nanti turn aina pulak”, “aina bila lagi”. And my answer is “belum masanya lagi”, “lambat lagi lah nak pikir”, “nak kerja dulu baru kawen”. Aku budak lagi lah. Banyak benda lagi nak capai. Nak enjoy-enjoy dengan my girls dulu. Ehh, bila dah kawen takleh enjoy ke? Nahh! Bukan takleh. Tapi agak terikat kalau nak enjoy dengan geng gila-gila. Sebab tanggungjawab jadi isteri bukan semudah, jaga makan pakai, sambut sebelum pergi dan selepas balik kerja. No way! Dalam drama, boleh la tengok yang elok-elok jaa. Kehidupan berumahtangga sebenar, hanya Allah yang tahu. Dan aku tahu, aku belum sedia. Masak pun tak reti, alahaii. Tapi, bagi aku, itu bukan alasan yang sebenar. Alasan yang sepatutnya, aku belum jumpa someone yang betul-betul faham aku, dan yang betul-betul aku faham keadaan dia. Dah dapat yang haritu, banyak kes pulak jadinya. So now, aku nak fokus hidup aku je dulu. Mungkin Allah dah simpan siap-siap yang terbaik untuk aku.
Bila tengok pasangan dok tayang ke-sweet-an masing-masing,
aku refleks balik zaman-zaman ‘seronok’ aku. Allahu, apa benda je yang aku tak
buat zaman berpasangan dulu. Kadang, malu dengan perangai sendiri. Kadang
tertanya-tanya, “Kenapa Allah masih kasi aku hidup? Takkan nak bagi aku buat
dosa lagi banyak?” Tapi, bila dah bersangka baik, Allah itu Maha Penyayang. Dia
nak aku bertaubat. Dia nak hambaNya masuk syurga. Tapi, kalau aku masih dungu macam
dulu, mungkin sampai sekarang, aku masih berperangai sama, tak berubah.
Alhamdulillah Allah hadirkan orang yang baik-baik di sebelah aku.
Bila dah mula praktikal ni, aku sedar, banyak masa aku hanya
tertumpu pada students, pada kelas, pada aktiviti di sekolah. Langsung takda
masa nak bersayang-sayang kat whatsapp. Takda masa nak oncall berjam-jam.
Cukuplah aku membazir masa, membazir duit untuk semua benda tu. Allah dah
banyak sedarkan aku. Cuma, kadang aku ni je yang lalai, terpesong. Biasalah,
iman belum kukuh lagi. In shaa Allah, aku cuba sedaya upaya aku untuk berubah.
Demi keluarga aku.
Bila tengok orang kawen, eii, bukan tak hingin weh. Rasa
hati nak melompat-lompat je dok atas pelamin sekali. Cuma, takdak geng nak dok
sebelah, haha. Bila tengok pelamin, pastu terbayang-bayang macam mana nak hias
pelamin aku nanti. Berapa orang nak diajaknya? Nak sediakan lauk apa? Tema,
warna apa? Nak bridesmaid tak? (emm yang ni, rasanya tak kott). Bajet berapa
untuk buat majlis? Nak kongsi-kongsi ke asing-asing dengan pihak satu lagi?
Haa, semua tu dok tengah pikir dah sekarang ni. Yang pasti, kalau boleh, aku
taknak bertunang. Sebab no function at all.
Bukan apa? Kadang aku pikir, kalau dah kau tahu tu pasangan kau, dan macam tu jugak dengan pasangan kau, function apanya kau nak bertunang. Takut nanti disambar orang? Elehh, tunang orang pun orang sambar dek oii. Bukan takat tunang orang, bini orang pun boleh dikebas. So? Salahkah aku pikir macam tu? Jadi, bila dah get ready untuk hidup susah senang sama-sama, teruskan dengan perkahwinan. Lagi jimat, lagi senang (eh yeke?)
Bukan apa? Kadang aku pikir, kalau dah kau tahu tu pasangan kau, dan macam tu jugak dengan pasangan kau, function apanya kau nak bertunang. Takut nanti disambar orang? Elehh, tunang orang pun orang sambar dek oii. Bukan takat tunang orang, bini orang pun boleh dikebas. So? Salahkah aku pikir macam tu? Jadi, bila dah get ready untuk hidup susah senang sama-sama, teruskan dengan perkahwinan. Lagi jimat, lagi senang (eh yeke?)
Takat ni dulu bebelan, sebab dah lama sangat tak buat
coretan..