Rindu lagi
Wednesday, March 7, 2018 | 0 comments
Dari semalam, dok layan lagu dalam video atas ni. Belum benar-benar menghayati lirik lagunya. Tapi, terus melekat dalam hati sehingga sekarang. Kawan aku kata, "lagu ni kena dengan kehidupan aku". Aku sendiri tak tahu apa yang 'kena' sangat tu..
Kadang, aku akan terfikir tentang kau sebelum tidur. Jujur, memang, aku penat. Penat hadap hari-hari sebagai guru praktikal. Buka fon, hanya atas urusan tertentu sahaja. Dulu, banyak sangat masa nak ws-ws, chit-chat. Sekarang, masa tu dah kurang. Kurang sangat. Nak story, nak luah rasa dengan umie pun, tak sempat. Sumpah penat weh. Aku tak boleh nak bayangkan macam mana abah aku sebagai guru berstatus penolong kanan sekarang, boleh hadap hidup dia seharian. Terikat dengan komitmen. Jujur, aku tak mampu. Sekarang, bila dok fikir balik, rasa macam taknak ada pasangan lagi buat masa terdekat. Masa aku mungkin akan dihabiskan kepada kerjaya terlebih dahulu. Bagi aku tu yang penting, demi nak bahagiakan umie abah dan adik beradik.
Untuk awak yang sentiasa ada dalam doa saya;
Saya sendiri tak tahu siapa awak sebenarnya. Hanya Allah sahaja yang tahu. Saya mohon, usahlah terdesak untuk munculkan diri awak di hadapan saya. Sebab, saya tak mampu dan saya taknak kenal awak buat masa sekarang. Banyak benda yang saya perlu fikir, perlu capai. Saya rasa, awak pun sama. Jadi, untuk jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah untuk saya, saya mohon, bahagiakan keluarga awak terlebih dahulu, sebelum awak datang memetik saya. In shaa Allah saya takkan tolak awak sekiranya awak berjaya menambat hati umie abah sebelum awak petik saya. Saya sayang awak sepertimana Allah sayangkan saya dengan menghadirkan awak dalam hidup saya. Jujur, saya belum nampak bayang-bayang awak. Jadi, jangan datang dekat dengan saya. Saya risau hidup saya akan lebih punah ranah bila awak ada. Terima kasih sudi doakan untuk saya juga. Simpan rasa sayang awak untuk saya, lepas nikah ya, in shaa Allah, moga diberkati perasaan itu.