biography friend(s) home entry




Older Post >> | << Newer Post
Third semester begin
Monday, September 7, 2015 | 0 comments


Thank Allah for giving me this gold opportunity to collect Your knowledge

Terlalu banyak perkara yang terjadi dalam cuti semester baru ni. Sehinggakan aku tak boleh nak ingat satu persatu kejadian tersebut. Yang paling penting, apa yang aku harapkan, sudah terlaksana. Terima kasih abah sudi terima perkenalan pertama antara si dia dan keluarga. In shaa Allah akak akan jaga maruah keluarga kita selagi akak sedar dan akak mampu.

Untuk si dia, terima kasih yang tak terhingga kerana sanggup beranikan diri untuk berjumpa dengan keluarga si penulis blog ini. Saya yakin awak yang terbaik buat masa sekarang dan in shaa Allah untuk masa depan saya juga. Cuba berubah untuk saya dan begitu juga dengan saya demi masa depan kita. Saya harap awak tak sama dengan lelaki yang terlalu banyak mencurahkan segala janji manis yang mungkin laut pun tak boleh nak tampung janji mereka. Saya harap awak betul-betul maksudkan kata-kata awak pada saya sebelum ini.

Abah umie. Jangan risau lah tentang pelajaran akak. Benda-benda selain pelajaran, akak tak akan campur-adukkan. Percayalah, akak boleh fikir mana patut mana tidak. Akak akan usaha semampu akak untuk tunaikan impian abah umie selagi abah umie masih ada dalam dunia ini. Akak akan balas jasa abah umie melalui kejayaan akak suatu hari nanti. Doakan, in shaa Allah.