biography friend(s) home entry




Older Post >>
Detik demi detik
Thursday, January 20, 2022 | 0 comments


 Sedang menghitung hari untuk menjadi milik orang. Milik sang suami.

Terima kasih Allah. Terlalu banyak dugaan yang kami berdua lalui. Apa pun kami bersyukur sebab kami kenal antara satu sama lain. Semoga hubungan ini menjadi asbab untuk kami ke syurgaMu.

Aku berdoa agar dia benar-benar yang terbaik untuk aku, untuk kehidupan dunia dan akhirat aku. Moga Allah permudahkan urusan kami menuju alam perkahwinan.

Terima kasih Fakhrul sudi terima aku, terima kasih keluargaku sudi mengenali lebih dalam dengan bakal suami aku, terima kasih keluarga bakal mentuaku sudi mengenali diri yang kerdil ini. Semoga yang baik-baik sahaja untuk kami nanti.